Monday, 17 October 2016

PENGENALAN



   
    

     GAYA WAWASAN MEMBACA


Awal suruhan -baca menuntut ilmu disuruh budaya inilah teladan sepanjang gaya hidup dengan membaca.

Tanpa ilmu andai nama mahkota permatanya apalah palsu, tanpa membaca minda tanpa ilmu be masalah kita.

Pernah ilmu jika di dada- bila bergaya dengan membaca dunia sempit menjadi luas tempoh kejayaan tiada berbatas.


           Kebaikan - kebaikan Membaca

Membaca  mempunyai banyak kebaikannya, ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak - anak sejak kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai - kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

- Mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu pengetahuan.

           contoh : kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasa di dalam  dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi , politik , sosial dan lain - lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

- Rajin membaca memperoleh pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Boleh dijadikan pedoman kebaikan dalam kehidupan seharian - harian mereka.


- Dapat menambahkan perbendaraan kata yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.


Dengan mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar. Selain itu, dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala - gejala yang tidak sihat. Kita hendaklah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru - guru dan ibu bapa.